Friday, April 10, 2009

Orang Malaysia - Kurang Keyakinan Diri? (1)

Tengahari tadi, aku dan Aleeyah pergi KLCC. Ingatkan dapatla nak makan dengan Abah die skali, since Aleeyah tak pernah makan lunch dengan Abah die waktu office. Tapi, MasyaAllah, no parking at all. I tried all the parking entrances in KLCC, semua tak boleh nak masuk. Then, I remembered that there was PIKOM exhibition in KL Convention Centre. Jadi, useless to try lah, so, just called my hubby and passed to him the docs that I wanted to give him, then we went straightaway to PWTC, nak tgk pameran Smart Kids.

As expected, there was no parking available in PWTC too. Jadi park kat The Mall je la. Cuma susah sket la because kena bawak Aleeyah naik tangga, cross the road, etc. dengan stroller die sume. Tapi takpe, yang penting semangat nak pergi. Di mana ade kemahuan, di situ ade jalan!

Keseluruhan, the exhibition was quite OK. Banyak jugak la I got from the exhibition - education concepts, centres for kids' development, barang-barang budak, makanan2 baru, etc. Banyakla..We got lots of free magazines as well.

Jadi, balik aku pon baca la majalah2 tu. Ada satu artikel ni yang menarik perhatian aku "Taklah, anak lelaki saya tak pandai." dalam majalah Ibu dan Ayah keluaran 2007 (majalah lama ni, tu yang bagi free). Penulis cuba menyampaikan bahawa sikap orang Asia yang suka mengkritik anak secara terbuka dan pantang untuk memuji anak menyebabkan kurangnya keyakinan diri dalam diri anak, sekaligus si anak akan membesar sebagai seorang yang berkeyakinan diri rendah dan tidak menggunakan sepenuhnya potensi diri.

I totally agree with the writer! I notice that Asian, specifically Malaysian has lack of self-confidence. It happens to me too..! I need to work hard to overcome that problem, and now still working on it. Alhamdulillah, by working in an international company for 4 years, I have learned and improved on self-confidence, tapi kena banyak practice lagi. I notice that, sebenarnya mat saleh ni takde la pandai mana pon. Cuma, bila bercakap, mereka yakin dengan apa yang mereka katakan.

Another factor jugak sebenarnya ialah cara ayat disusun. Mengikut kajian, orang Eropah dan Amerika bercakap ikut point dan objective. Tetapi masyarakat Asia tidak begitu. Apabila masyarakat Asia berkata-kata, kadangkala pointnya tidak sampai. Ini adalah masalah aku yang aku cuba tangani jugak. It is because the way we think. That is why, selalunya apabila mat saleh bercakap, org akan percaya dan impress. It is because they speak to the point. Tapi bila orang Asia bercakap, mesejnya tak sampai dan nampak seperti bercakap hampeh :) Mungkin keyakinan diri adalah salah satu faktor? Aku rasa ya juga...Macam chicken and egg la pulak.

Pada pendapat aku, lack of self-confidence in many Malaysian (especially Malays) is caused by 3 main factors:

1. Budaya masyarakat
2. Pendidikan di rumah
3. Pendidikan di sekolah

1. Budaya Masyarakat

Seperti yang ditulis oleh penulis, budaya masyarakat kita yang suka mengkritik anak seperti,

- "Ko ni nakal sangat. Nak jadi apa ni?" pada anak yang masih berusia 5 tahun
- "Si Mamat ni bukannya pandai. Main je keje die." di depan jiran tetangga (konon konon nya nak merendah diri)

akan menyebabkan anak tersebut memahat kata kata itu dalam otak mereka, apatah lagi sekiranya kata kata itu diulang banyak kali, menyebabkan mereka membesar dengan percaya bahawa mereka adalah seperti yang dikatakan oleh ibubapa mereka. Di dalam Islam juga diajar bawah setiap kata kata ibu bapa itu adalah doa kepada anak-anak mereka. Dan sekiranya perkara buruk yang didoakan/disebutkan berulangkali, maka jadilah perkara tersebut. Dan adakalanya, ibu bapa cuma mahu merendah diri (supaya orang tak kata berlagak), walaupun mereka tahu potensi diri anak. Cuma kerana budaya masyarakat yang seperti 'tidak membenarkan anak dipuji, nanti naik kepala' menyebabkan mereka mengkritik anak, di sebalik memuji dan menggalakkan. Apabila anak melakukan kesalahan, anak terus dimarahi, tetapi bila mereka melakukan sesuatu yang baik, jarang jarang dipuji atau tak pernah dipuji.

Satu lagi budaya masyarakat, terutama masyarakat Melayu yang saya kurang setuju ialah larangan keras untuk anak anak berbicara dengan orang dewasa. Selalunya, orang tua akan kata begini,

"Jangan menyampuk cakap orang tua. Pegi masuk bilik." atau
"Ko ape tau, ko budak kecik. Diam diam aje udah."
"Ko ni asek tanya benda mengarut je la. Pegi la baca buku tu. Mak ada banyak keje lagi nak buat. Mak nak masak lagi, kang ko tak makan kang." bila anak bertanya pasal kejadian hujan (contohnya).

Tidak salahnya mengajar anak berdisiplin, tapi sekiranya anak tersebut di larang terus untuk bersuara, ini memang akan menyebabkan anak hilang keyakinan diri terus. Anak tersebut akan takut untuk menyatakan/menyuarakan pendapatnya kerana khuatir akan dimarahi dan anak tidak akan berani menjawab soalan di khalayak ramai kerana dikhuatiri dikatakan bodoh. Hasilnya ialah seorang anak yang suka menyimpan sesuatu dalam dirinya. Kecuali, anak tersebut adalah seorang yang nekad, yang memang tak peduli apa yang dikatakan oleh ibu bapa, tapi masih mahu menyuarakan pendapatnya.

Budaya 'tak boleh bersuara depan orang dewasa' tidak patut diamalkan lagi sekiranya kita mahu bangsa Malaysia maju ke hadapan, menjadi pemimpin masa hadapan. Bukannya kurang ajar jika anak menyuarakan apa yang mereka rasakan, asalkan caranya betul. Pada pendapat saya, tidak salah anak bersuara bertentangan dengan pendapat ibu bapa. Ibu bapa kena tahu cara untuk meyakinkan anak dengan pendapat mereka, dan mungkin pendapat anak tersebut benar, siapa tahu. Ibu bapa perlu membuang ego "Aku ibu/bapa. Aku tahu semua." Perbincangan bole diadakan secara baik. That's the keyword - Perbincangan secara baik. Ajar anak supaya berbincang/bermesyuarat secara baik, tidak menengking menengking.

OK, ni saja untuk hari ni. Esok nak pegi umah mama, jemput mama, pastu balik kampung, ambik maid nenek, pegi antar LCCT, die nak balik Jakarta..Tempoh perkhidmatan tamat..

No comments: